Terngiang-ngiang nasihat dan luahan hati Ibu sepanjang perjalanan tadi. Hadiah dan harapan yang dimahukan daripada seorang anak agar dapat menempuh hidup yang lebih baik pada masa akan datang. Walaupun bukan berkenaan dengan diri saya, namun sayu tetap menjalar di dalam hati dan gembira terukir di bibir.
Sebelum memberi nasihat, periksa 4 perkara :
1. Niat - Kerana Allah.
2. Cara - Berhikmah.
3. Masa - Ketika sudah tenang.
4. Tempat - Secara sembunyi.
Nasihat itu hebat & akan melekat
hanya bila niat, cara, masa & tempatnya tepat!
Pelajaran baru hari ini!