Jika kamu mahukan hidup selamanya gembira di dunia, kamu salah tempat.
Dunia ini tercipta untuk menginjak-injak dan meremukkan hati bagi menguji siapa yang hebat serta berjaya selamat daripada ditelan api yang akan membakar diri hingga lumat di akhirat.
Bisikan Hati
Monday, 8 August 2016
Abaikan Mereka
Hari ini, azam!
Tenang.
Hidup perlu sentiasa diingatkan tujuannya tidak lain tidak bukan yang pertama ialah untuk jadi hamba Tuhan. Bila jelas tujuan ini, disusuli perbuatan yang tidak membelakangi Tuhan, biar apa datang, in shaa Allah, tidak memberi kesan.
Lihatlah orang-orang yang cuba menghalang dalam perjalanan kehidupan (dengan kata-kata/perbuatan) itu sebagai satu ujian yang harus kita 'lulus' dengan cemerlang.
Bagaimana?
Dengan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan (kata-kata/perbuatan) malah didoakan agar Allah terus beri kita kekuatan dan beri mereka kesedaran.
Kuncinya - tenang kerana hanya bila tenang kita mampu jumpa jawapan dan mampu jadi pemenang.

Bahagia
Bahagia hanya kekal bila kita bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan!
Seringkali, bila kita melihat orang lain bahagia, kita bandingkan dengan keadaan kita. Mula terbit rasa tidak cukup dengan apa yang kita ada, mula rasa tidak cukup bahagia dengan hidup kita, mula rasa diri tidak cukup 'beruntung' seperti untungnya mereka yang bahagia pada pandangan kita. Hari ini, kita azam sama-sama. Jangan bandingkan hidup kita dengan sesiapa. Bersyukurlah sentiasa. Dalam masa yang sama, rapatkan diri dengan Pencipta, betulkan niat dan berusahalah bermati-matian mengejar cita-cita.
Buang semua rasa ketidakberuntungan.
Buang semua rasa mahu membanding-bandingkan.
Buang semua rasa dengki.
In shaa Allah, bahagia kelak dalam genggaman.

Kekayaan Sebenar
Jangan terbuai dengan pameran kekayaan manusia kerana itu semua pinjaman belaka.
Sederhana - asas kebahagiaan jiwa.
Injeksi Ke Hadapan
Teruskan berjalan, kawan!
Ingat dan lihatlah sejarah kejayaan orang-orang hebat terdahulu yang tidak pernah sunyi dari tentangan.
Untuk berjaya, jalan rapat-rapat dengan DIA.
Subscribe to:
Posts (Atom)