Hari ini, azam!
Tenang.
Hidup perlu sentiasa diingatkan tujuannya tidak lain tidak bukan yang pertama ialah untuk jadi hamba Tuhan. Bila jelas tujuan ini, disusuli perbuatan yang tidak membelakangi Tuhan, biar apa datang, in shaa Allah, tidak memberi kesan.
Lihatlah orang-orang yang cuba menghalang dalam perjalanan kehidupan (dengan kata-kata/perbuatan) itu sebagai satu ujian yang harus kita 'lulus' dengan cemerlang.
Bagaimana?
Dengan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan (kata-kata/perbuatan) malah didoakan agar Allah terus beri kita kekuatan dan beri mereka kesedaran.
Kuncinya - tenang kerana hanya bila tenang kita mampu jumpa jawapan dan mampu jadi pemenang.

No comments:
Post a Comment