Monday, 8 August 2016

Tidak Selamanya Gembira

Jika kamu mahukan hidup selamanya gembira di dunia, kamu salah tempat.


Dunia ini tercipta untuk menginjak-injak dan meremukkan hati bagi menguji siapa yang hebat serta berjaya selamat daripada ditelan api yang akan membakar diri hingga lumat di akhirat.

Keluar dari Penjara

Mahu terus mara dan berjaya?

Keluar dari penjara kata-kata dan ekspektasi manusia.

Teruskan Berjalan dengan Kalimah Tuhan

Abaikan Mereka

Hari ini, azam!

Tenang.
Hidup perlu sentiasa diingatkan tujuannya tidak lain tidak bukan yang pertama ialah untuk jadi hamba Tuhan. Bila jelas tujuan ini, disusuli perbuatan yang tidak membelakangi Tuhan, biar apa datang, in shaa Allah, tidak memberi kesan.


Lihatlah orang-orang yang cuba menghalang dalam perjalanan kehidupan (dengan kata-kata/perbuatan) itu sebagai satu ujian yang harus kita 'lulus' dengan cemerlang.

Bagaimana?
Dengan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan (kata-kata/perbuatan) malah didoakan agar Allah terus beri kita kekuatan dan beri mereka kesedaran.
Kuncinya - tenang kerana hanya bila tenang kita mampu jumpa jawapan dan mampu jadi pemenang.

Bahagia

Bahagia hanya kekal bila kita bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan!

Seringkali, bila kita melihat orang lain bahagia, kita bandingkan dengan keadaan kita. Mula terbit rasa tidak cukup dengan apa yang kita ada, mula rasa tidak cukup bahagia dengan hidup kita, mula rasa diri tidak cukup 'beruntung' seperti untungnya mereka yang bahagia pada pandangan kita. Hari ini, kita azam sama-sama. Jangan bandingkan hidup kita dengan sesiapa. Bersyukurlah sentiasa. Dalam masa yang sama, rapatkan diri dengan Pencipta, betulkan niat dan berusahalah bermati-matian mengejar cita-cita.

Buang semua rasa ketidakberuntungan.
Buang semua rasa mahu membanding-bandingkan.
Buang semua rasa dengki.

In shaa Allah, bahagia kelak dalam genggaman.

Kekayaan Sebenar


Jangan terbuai dengan pameran kekayaan manusia kerana itu semua pinjaman belaka.

Sederhana - asas kebahagiaan jiwa.

Injeksi Ke Hadapan


Teruskan berjalan, kawan!
Ingat dan lihatlah sejarah kejayaan orang-orang hebat terdahulu yang tidak pernah sunyi dari tentangan.
Untuk berjaya, jalan rapat-rapat dengan DIA.

Wednesday, 3 August 2016

Serupa Tapi Tak Sama

Saya gemar membaca semua jenis buku tidak kira apa jua bidang. Tetapi, buku yang saya suka baca tersebut bukanlah buku ilmiah. Saya akui itulah kelemahan saya. Antara buku yang menjadi kegemaran saya adalah hasil tangan daripada Hlovate. Melalui pembacaan, saya sedar bahawa semua karya beliau sebenarnya menyampaikan mesej yang serupa tetapi jalan cerita dan cara yang tidak sama. Karya-karya beliau membawa mesej penghijrahan seseorang dari zaman jahiliah kepada zaman dakwah. Cinta kepada deen dan cara mendapat nur itu sangat ditekankan. Bahasa yang digunakan sungguh santai dan menjadi kegilaan muda-mudi.



Kisah suka duka di alam persekolahan


Nur itu hadir dengan ikhlas setelah menghadapi jalan keterpaksaan


Penghijrahannya terinspirasi daripada orang sekeliling dan persekitaran


Pengembaraannya membawa sejuta makna yang berharga dalam hidup

Hati, DIA yang Pegang


Hidayah milik-Nya. Andai DIA campakkan hidayah kepada seorang manusia, manusia lain tidak mampu untuk menghalangnya. Sebagai seorang hamba, hidayah itu perlu sentiasa dicari. Hati kita DIA yang pegang. Salah satu usaha kita untuk mengubah seseorang adalah dengan tembak dia dalam setiap doa.

S - A - B - A - R


Sabar tak dapat dipraktikkan dengan lisan atau penulisan. Melainkan Allah mengajar kita dengan didatangkan ujian dan dugaan.

Tuesday, 2 August 2016

Berubahlah Walaupun Payah!

Jangan kita dihantui dan ditipu oleh dosa-dosa besar kita yang lalu sehingga membuatkan kita putus asa dan malu untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik hari ini serta hamba yang lebih taat pada Yang Satu.


Selagi bernyawa, selagi itu ada Putaran U!

Cara Terbaik!

Kalau dia tak baik, didik dia sampai jadi baik.

Bukannya tinggalkan dia dan cari yang lebih baik.


Kecapi Kejayaan

Sepi. Tuntutan kerja tidak saya lunaskan. Padahal masa begitu terhad. Saya dikalahkan oleh emosi, hati dan fikiran. Negatif! Jauhilah saya agar kejayaan berpihak kepada saya.