Bahagia hanya kekal bila kita bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan!
Seringkali, bila kita melihat orang lain bahagia, kita bandingkan dengan keadaan kita. Mula terbit rasa tidak cukup dengan apa yang kita ada, mula rasa tidak cukup bahagia dengan hidup kita, mula rasa diri tidak cukup 'beruntung' seperti untungnya mereka yang bahagia pada pandangan kita. Hari ini, kita azam sama-sama. Jangan bandingkan hidup kita dengan sesiapa. Bersyukurlah sentiasa. Dalam masa yang sama, rapatkan diri dengan Pencipta, betulkan niat dan berusahalah bermati-matian mengejar cita-cita.
Buang semua rasa ketidakberuntungan.
Buang semua rasa mahu membanding-bandingkan.
Buang semua rasa dengki.
In shaa Allah, bahagia kelak dalam genggaman.

No comments:
Post a Comment